Penjana Nama Blog

Jana nama dan idea untuk blog anda.

Cara Menamakan Blog Anda

Hey, apa khabar?

Nama saya Ashley.

Saya seorang pakar penjenamaan dan pemasaran. Melalui artikel ini, saya akan membimbing anda menamakan blog.

Panduan yang saya berikan akan membantu anda bukan sahaja mencari idea nama tetapi juga untuk mengetahui apakah kriteria atau perkara yang perlu diambil kira.  

Saya akan menerangkan tentang Matlamat Blog, Pasaran Sasaran, Demografi Minat, Analisis Nama Pesaing dan Sumbang Saran Idea dengan terperinci berserta contoh dan kisah yang boleh dijadikan pengajaran.

Selain itu saya juga akan memberi beberapa idea sebagai inspirasi kepada anda dalam memilih nama blog yang paling sesuai.

Matlamat Blog dan Pasaran Sasaran

Langkah pertama dalam menamakan blog anda adalah dengan menentukan siapa pembaca sasaran anda.

Semakin jelas pemahaman anda tentang topik yang akan anda kupas, semakin mudah untuk mencari perkataan yang dapat memberi gambaran tepat untuk nama. 

Tetapi, jika blog anda merangkumi topik yang pelbagai, nama blog anda perlu lebih abstrak. Sebagai perbandingan, penulisan topik yang spesifik perlu nama yang lebih jelas.

Nilai sesebuah blog terletak pada kandungannya; bermaklumat dan menarik. 

Logiknya mudah. Anda seperti mengharapkan pembaca memberi perhatian kepada penulisan anda.

Mengapa mereka perlu berbuat begitu sedangkan banyak lagi saluran alternatif yang lebih menarik (seperti media sosial, televisyen dan radio)?

Nama yang ringkas seperti ‘My Travel Blog’ menggambarkan dan memberitahu pembaca mengenai jenis kandungan blog. Namun, nama tersebut kekurangan keaslian dan kreativiti yang mungkin tidak dapat menarik perhatian pembaca.

Sebaliknya, nama seperti ‘The Wandering Poet’ menunjukkan elemen kreatif dan puitis yang menarik. Tetapi bagi mereka yang kurang menggemari kata-kata puitis, nama ini kedengaran janggal.

Berdasarkan maklumat yang dinyatakan, anda dapat melihat isi kandungan yang bermaklumat dan tepat pada pembaca sasaran adalah langkah pertama untuk membuat sebuah blog yang berjaya.

Demografi Minat

Seterusnya, fikirkan topik yang ingin ditulis. 

Apa yang benar-benar dicari oleh pembaca sasaran anda? Maklumat apa yang boleh anda tawarkan bersesuaian dengan minat mereka? Bagaimana pula anda dapat menyampaikannya melalui nama blog anda?

Anda boleh menulis tentang trend semasa.

Sebagai contoh, sekiranya blog anda berkisar tentang makanan, anda mungkin boleh mempetimbangkan topik kesihatan, pemakanan dan tempat istimewa atau viral yang menjadi trend semasa.

Langkah pertama adalah dengan menyenaraikan perkataan dengan konotasi yang relevan. 

Sebagai contoh, ‘Bread and Butter’.

Nama ini juga merupakan satu peribahasa Inggeris yang mudah. Ia ringkas dan kreatif; jika isi kandungan blog anda tentang resepi makanan harian dan bukan topik berat seperti penjagaan kesihatan dari segi pemakanan. 

Perkara yang Harus Dielakkan

Ketika menamakan blog anda, anda perlu memastikan tema utama blog anda mudah difahami. Namun, nama yang dipilih juga harus kreatif dan menarik pembaca. 

Elakkan menghasilkan nama yang jelas tetapi termasuk dalam kaitan abstrak, simpulan bahasa dan permainan kata.

Sebagai tambahan, nama yang klise dan bahasa yang tidak mudah difahami juga perlu dielakkan.

Mungkin pada pendapat anda, nama terbitan atau ciptaan tersebut pintar, tetapi ingat, perkataan kompleks lebih mudah dilupakan atau disalah faham. 

Akhir sekali, elakkan dari ejaan yang disalah eja dengan sengaja. Apabila berada di dunia dalam talian, jadilah atau hasilkan sesuatu yang mudah.

Anda boleh mengambil contoh Flickr, sebuah laman web perkongsian foto.

Mereka mengalami masalah kerana kebanyakkan pengguna internet akan mengeja Flicker. Mereka terpaksa membeli kedua-dua domain Flickr dan Flicker serta membuat tetapan redirect kekal untuk mengelakkan kerugian.

Berdasarkan contoh, panduan dan kisah benar yang saya kongsikan setakat ini,anda sudah ada idea awal untuk menghasilkan nama untuk blog anda?

Jika belum, tidak apa. Mari bersama saya untuk langkah selanjutnya.

Analisis Nama Blog Terkenal

Dalam bahagian ini, saya akan menguraikan senarai nama blog sebenar dan membantu anda memahami mengapa ia sesuai.

Bangsar Babe

Bangsar Babe menggunakan lokaliti dan perkataan trendy di dalam namanya. Blog memfokuskan kepada gaya hidup, makanan dan percutian. Bangsar merupakan tempat yang meriah sesuai untuk, beriadah, melepak, berhibur dan tidak keterlaluan dikatakan semuanya ada di sana. Walaupun blog ini adalah penulisan peribadi, nama Bangsar itu sendiri memberi makna mendalam.

Ringgit oh Ringgit

Seperti mana namanya, blog ini menawarkan kandungan berkaitan kewangan dan pengurusan. Blog ini memang sudah terkenal di kalangan mereka yang mencari nasihat kewangan, mendapatkan info terbaru atau pun panduan pelaburan. Apabila mendengar nama blog, pembaca sudah boleh mengagak isi kandungan blog tersebut.

Kaki Jalan

Perkataan yang sememangnya diingat oleh rakyat Malaysia tidak kira apa juga bangsa. Penggunaan bahasa Melayu sesuai dengan perkhidmatan mereka yang mesra muslim dan halal. Sebut sahaja nama ini, pembaca pasti tahu apa yang boleh mereka perolehi daripada penulisan di blog. 

Fabric of my Life

Ini adalah blog reka bentuk dalaman yang kreatif. Perkataan fabrik merujuk kepada dua maksud. Secara literal, ia merujuk tekstil yang digunakan dalam reka bentuk dalaman. Penulis blog ini bijak menggunakan frasa “fabric of life” untuk mengaitkan minat pembaca serta kandungan bermaklumat dan berpengetahuan.

Write Laugh Dream

Blog peribadi ini menggunakan tiga perkataan tidak berkaitan untuk menyampaikan tiga idea yang berasingan. Gabungan perkataan ini menggambarkan konotasi peribadi yang positif. Malah secara tersirat, ‘memberitahu’ pembaca beliau seorang penulis yang berjaya. Blog ini menawarkan pendapat dan nasihat untuk pelbagai topik berdasarkan pengalaman peribadi.

Pojiegraphy

Bagaimana menjadi lebih kreatif dalam fotografi? Jawapannya namakan blog anda dengan permainan perkataan photography dan nama anda. Blog pelancongan dan pengembaraan ini menggabungkan nama panggilan yang biasa di dengar di Malaysia, dengan fotografi. Mudah dan nilai blog berjaya disampaikan dengan sempurna.

Madeleine Loves

Madeleine Loves adalah sebuah blog kecantikan. Penggunaan kata ‘loves’ yang bermaksud cinta menunjukkan bahawa pandangan atau penulisan ini adalah bersifat peribadi. Nama blogger ‘Madeleine’ memberi suatu andaian bahawa pembaca akan mengetahui siapa Madeleine.Nama yang berkeyakinan dan bersifat peribadi.

Idea dan Sumbang Saran Nama Blog

Dalam bahagian ini, saya akan memberikan beberapa perkataan untuk membantu anda memulakan pencarian nama blog – jangan lupa, anda masih boleh mencuba penjana nama blog kami!

Blog bertujuan untuk memberi maklumat yang bermanfaat. Penulisan blog menyampaikan maklumat berdasarkan pengalaman peribadi. Blog yang lebih berjaya (trafik yang tinggi) mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan kandungan menarik. 

Sesebuah blog harus kreatif dan membuatkan pembaca kembali semula ke blog untuk mendapatkan maklumat yang ditawarkan atau dicari di blog.

Ketika dalam proses menamakan blog, luangkan masa untuk mengenal pasti apa yang dicari dan bermanfaat kepada pembaca sasaran.

Sebagai alternatif, gunakan penjana nama blog kami untuk mencari idea nama dengan memasukkan beberapa perkataan yang berkaitan dengan blog anda.

Berikut adalah beberapa perkataan untuk membantu anda memulakan sumbang saran:

  • Travel
  • Excursion
  • Voyage
  • Adventure
  • Wander
  • Wanderlust
  • Nomad
  • Trip
  • Trek
  • Globe
  • Tour
  • Navigate
  • Search
  • Find
  • Discover
  • Journey
  • Drift
  • Lifestyle
  • Fashion
  • Style
  • Way of life
  • Growth
  • Trend
  • Craze
  • Health
  • Chic
  • Craft
  • Design
  • Notes
  • Photography
  • Homemade
  • Handmade
  • Picture
  • Frame
  • Illustration
  • Drawing
  • Graphic
  • Fabric
  • Woodwork
  • Paper
  • Poetry
  • Personal
  • Value
  • Inspire
  • Writing
  • Dreams
  • Passion
  • Beauty
  • Make-up
  • Fashion
  • Love
  • Allure
  • Gloss
  • Model

Nama Blog Saya Hasilkan

Berikut adalah beberapa idea nama yang saya hasilkan, apa pendapat anda?

Wander with the Wind: Aliterasi menjadikan nama ini mudah diingat. Nama ini juga merujuk kepada novel dan filem popular Gone with the Wind. Wander menggambarkan destinasi yang tidak tetap dan memberi idea untuk pelbagai lokasi dan maklumat.

Those who Voyage: Voyage terdengar seperti pengembaraan yang hebat. Dengan menggunakan perkataan ‘those’, anda memasukkan pembaca sebagai ‘pengembara, ini membuatkan blog lebih dekat dengan pembaca.

Style of Life: Kreativiti terserlah apabila perkataan asal Lifestyle dipecahkan. Style of Life boleh merujuk gaya fesyen atau gaya kehidupan pembaca. Nama ini lebih meluas. Banyak perkara dapat dibincangkan berdasarkan nama ini.

Latest Craze: Secara literal, nama Ini menerangkan apa yang anda akan tawarkan; analisis trend dan kegilaan terkini. Apabila isi kandungan yang ditawarkan lebih jelas melalui nama, anda dapat menarik perhatian pembaca relevan dengan cepat.

The Passionate Pizza People: Nama ini membolehkan pembaca mengenal pasti niche blog dengan segera. Dengan sejumlah besar penggemar pizza di luar sana, potensi pembaca menjadi lebih besar.

Read, Set, Bake!: Blog mengenai bakeri. Nama ini membolehkan pembaca mengenal pasti niche dengan mudah dan tahu isi kandungannya. Selain itu, nama ini sangat kreatif apabila bermain dengan perkataan yang sinonim dengan zaman kanak-kanak, ‘Ready, Set, Go!

Homemade Mysteries: Ini boleh merujuk kepada beberapa perkara. Penggunaan kata Mysteries itu sendiri misteri dan menerbitkan rasa ingin tahu pembaca untuk mengetahui apakah misteri tersebut.

The Crafty Challenger: Penggunaan kata challenge adalah cabaran segera kepada pembaca. Ini akan menarik perhatian sasaran. Sekiranya kandungannya dibuat dengan baik dan sesuai dengan janji nama blog, anda dapat membina pembaca yang berminat dengan mudah.

Fabric of Passion: Fabric merujuk kepada kain (secara literal) dan juga kiasan kepada keghairahan. Penggunaan kata passion juga menunjukkan bahawa fesyen, gaya dan tekstil adalah perkara yang diminati penulis.

Luckily Alluring: Alluring menunjukkan kecantikan dan memikat hati; suatu konotasi bersifat positif. Alterasi huruf “L” yang berulang menjadikan nama ini mudah diingat dan fonetik menarik. Masih ingat Lululemon?

Guna nama sendiri untuk blog?

Cara ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Ada banyak blogger di Malaysia menggunakan nama sendiri untuk blog mereka. Paul Tan, KC Lau dan Azlinda Alin (sekadar menyebut beberapa nama) adalah contoh terbaik.

Sekiranya anda mempunyai nama yang sudah dikenali, anda patut menggunakan nama sendiri. Ini sangat membantu pemasaran blog untuk menarik trafik yang lebih tinggi.

Nama yang kukuh memberi kredibiliti kepada blog dan keyakinan kepada pembaca. 

Namun saya ingin ingatkan, nama sendiri sesuai jika untuk penjenamaan bersifat peribadi. Sekiranya anda bekerjasama atau menjual sesuatu produk, anda perlu menggunakan nama jenama tersebut, bukan nama blog anda. 

Saya ingin memberi anda satu contoh kesan menggunakan nama sendiri pada jenama. Walaupun bukan penulisan blog, tapi saya rasa sesuai untuk dikongsikan bersama. 

Sir Clive Sinclair menggunakan namanya untuk Sinclair Research, syarikat elektonik Britain yang terkenal. Namun, apabila satu lagi syarikat pembuatan elektrik yang juga dimiliki beliau, Sinclair Vehicle gagal dipasaran, nama Sinclair Research juga mengalami tempias persepsi dan kekeliruan nama.

Sumbang Saran Nama

Berikut adalah beberapa panduan bagi membantu menyempurnakan idea nama anda. Cuba lihat penjelasan dan pendapat saya nama blog mengikut kategori ini.

Blog pelancongan

Kandungan di dalam blog pelancongan haruslah bermaklumat, menyeronokkan dan menarik. Jadi nama blog pelancongan mesti menggambarkan perkara-perkara tersebut. 

Mulakan dengan mencetuskan idea kreatif mengenai idea perjalanan. Kata-kata seperti seafarer, wanderlust, expedition, voyage. Perkataan ‘jalan’ sebagai contoh, sangat digemari oleh rakyat Malaysia untuk menggambarkan perjalanan, pengembaraan  dan penerokaan sesuatu destinasi. . 

Anda juga ingin memastikan pembaca mempercayai nasihat dan maklumat dalam penulisan di blog. Oleh itu, cuba elakkan perkataan yang mengarut. Gunakan perkataan yang boleh mendorong kepercayaan.

Blog gaya hidup

Blog gaya hidup harus mempunyai nama yang menunjukkan penulisan memberi perasaan bebas, seronok serta menerbitkan sifat ingin tahu. Tiada siapa yang ingin membaca tentang perkara menyedihkan dalam blog gaya hidup. 

Sekurang-kurangnya, kandungan blog anda berkongsi perkara yang positif apabila dibaca.

Blog gaya hidup dapat merangkumi pelabagai topik; daripada makanan, bersenam, sehinggalah kepada fesyen dan kecantikan. Nama blog seharusnya cukup abstrak dan bersifat meluas. 

Sebagai contoh, ‘Barefoot Blonde,’ memainkan stereotaip blondes serta bergaya dan perkataan barefoot menunjukkan perwatakan yang riang. Nama ini juga tidak menjurus kepada topik khusus. Pilihan subjek/topik boleh dipelbagaikan.

Blog makanan

Pertama sekali, anda perlu tahu apakah yang anda ingin fokuskan pada topik makanan. Makanan yang sihat? Tempat makan atau restoran? Koleksi cara memasak dan resepi? Ada banyak jenis penulisan tentang makanan. 

Sebagai contoh, jika blog anda fokus kepada jenis makanan seperti pizza, anda perlu memilih nama yang memaklumkan pembaca tentang apa yang dibaca. Besar kemungkinan anda perlu memasukkan perkataan pizza.

Untuk topik berkaitan makanan yang lebih meluas, ‘Spoon & Fork ’ adalah contoh yang baik. Lihat atau dengar nama ini sahaja pembaca tahu kandungan blog ini tentang makanan (mungkin termasuk makanan yang kurang berkhasiat). 

Oh ya, sekiranya anda ingin memulakan perniagaan berkaitan makanan, kami mempunyai koleksi artikel berkenaan panduan menjana nama untuk industri ini; nama perniagaan kesihatan, nama restoran, nama perniagaan kek dan nama perniagaan jus.

Blog kreatif

Bidang kreativi memang luas. Penulisan blog kreatif boleh merangkumi tentang DIY, reka bentuk grafik, iklan, ilustrasi, fotografi dan penulisan. 

Sebuah blog kreatif harus mempunyai fokus kategori kreatif tertentu. Jadi nama blog kreatif perlu menunjukkkan kepada pembaca dengan jelas. 

Blog DIY mungkin dipanggil, ‘A Crafty Mess’. Perkataan craft memang dekat dengan konsep DIY, perkataan kata mess membuatkan kreativiti menjadi tanpa had. Nama ini menggambarkan bukan sebuah blog DIY yang serius, tetapi lebih kepada elemen kreatif yang menggunakan barangan harian untuk menghasilkan idea-idea hebat. 

Kami juga ada menulis artikel panduan nama perniagaan kreatif yang bermanfaat untuk anda.

Blog peribadi

Pertama sekali kita harus tahu apakah yang dimaksudkan dengan blog peribadi. Jangan keliru, saya tidak bermaksud buku catatan harian online seorang remaja online anda penuh dengan kemarahan! Itu lebih kepada diari yang disimpan di rumah. 

Blog peribadi adalah ruangan online anda menulis mengenai apa sahaja, tanpa semestinya mempunyai tujuan, arah atau topik tertentu.

Anda juga boleh memberi pandangan dan berkongsi minat dengan pembaca. Penulisan peribadi selalunya lebih mudah dibaca dan mungkin meninggalkan kesan kepada pembaca. 

Namun, proses membina kelompok pembaca yang setia boleh menjadi sukar jika anda cuba menggembirakan terlalu banyak orang. Oleh itu, lebih baik beri tumpuan kepada sasaran tertentu.

Ini akan membantu anda berhubung dengan tahap yang lebih mendalam dan dalam masa yang panjang.

Bagaimana caranya?

Sangat penting untuk memilih nama blog yang menunjukkan minat dan gaya anda. 

Saya berikan satu contoh, anda boleh mengupas atau menulis topik anda bincangkan dengan rakan ketika sesi lepak di kedai kopi. Jadi anda menamakan blog sebagai ‘The Coffee Fueled Muse’. Nama tersebut sesuai untuk blog peribadi dan menarik.

Dari segi maksud, topik penulisan anda didorong oleh sesi lepak santai di kedai kopi. Muse pula memberi satu tafsiran kreatif.

Sekarang anda faham bagaimana nama blog boleh tercipta daripada aktiviti harian yang mungkin nampak tidak begitu penting?

Blog kecantikan

Untuk blog kecantikan, anda perlu menggunakan idea atau perkataan yang menyampaikan keindahan antaranya seperti refined, elegant, anggun, stylish, grace dan allure

Banyak blog kecantikan sama ada tempatan atau antarabangsa mengandungi isi kandungan berdasarkan jenama peribadi. Keadaan sebegini membuatkan industri ini agak sukar untuk ditembusi. 

Penulis blog kecantikan yang berjaya kebanyakannya datang daripada kerjaya industri kecantikan seperti peragaan, penata fesyen dan artis solekan.

Pengalaman sebegini memberi kredibiliti kepada blog mereka. Oleh itu, banyak blog memasukkan nama pemilik blog dan diikuti perkataan deskriptif. 

Kami dapat membantu jika anda ingin memulakan perniagaan dalam industri kecantikan. Sebagai panduan, cuba lihat artikel penjana nama perniagaan fesyen kami.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan secara panjang lebar tentang idea menjana nama blog anda. Tetapi, pemilihan nama blog anda bergantung kepada niche, pembaca sasaran mahupun produk yang ditawarkan.

Tiada sifir tepat untuk memilih nama blog. Cuma panduan yang saya berikan boleh membantu anda agar tidak mengalami masalah seperti kisah-kisah yang saya telah kongsikan.

Cuba bermain dengan perkataan dan kaitan niche blog anda. Gunakan kemahiran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris anda kerana rata-rata rakyat Malaysia memahami asas kedua-dua bahasa tersebut. Yang penting, jangan terlalu kompleks dan penuh jargon.

Jika anda ingin mendalami cara dan idea untuk menjana nama perniagaan lain, kami juga mempunyai artikel khas untuk setiap perniagaan seperti di bawah.

Sekian dari saya, Ashley. Selamat menulis blog!

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki