Penjana & Idea Nama Restoran

Jana nama untuk restoran anda di bawah.

Bayangkan keadaan ini, anda sudah bertungkus lumus untuk membuat persiapan membuka restoran, jenis hidangan juga sudah ditentukan dan modal yang dikeluarkan sudah cukup banyak.

Tetapi apabila tiba menamakan restoran anda, secara tiba-tiba ia menjadi satu tugas yang sukar.

Bagaimana anda ingin memberitahu pelanggan yang belum pernah mencuba makanan atau tahu lokasi restoran anda hanya dengan nama restoran anda?

Sukar bukan?

Benar. Tak kenal maka tak cinta.

Tapi itu lain. Nama restoran boleh membuatkan pelanggan jatuh cinta dan mendorong mereka mencuba hidangan anda.

Saya, Ashley dan saya seorang pakar dalam penjenamaan dan pemasaran. 

Saya seorang pakar penjenamaan dan pemasaran. Saya akan membantu anda dan terangkan langkah demi langkah untuk menamakan perniagaan restoran anda melalui artikel ini. 

Bagaimanakah Cara Menamakan Restoran Anda?

Ini adalah soalan asas dan penting untuk anda. Jarang sekali nama yang dipilih secara semberono atau rawak memberi makna kepada anda dan nampak menarik.

Atau, pada mulanya nampak menarik tetapi selepas beberapa ketika anda merasakan tidak ada aura yang dibawa oleh nama tersebut.

Tidak mengapa.

Saya akan menerangkan bagaimana anda menamakan restoran anda dengan terperinci. Mari kita mulakan.

Di bawah ini terdapat dua puluh contoh nama restoran yang saya dapat hasilkan sebagai permulaan. Seterusnya, saya akan menunjukkan bagaimana cara saya mendapat nama-nama tersebut.

Anda juga boleh mencuba penjana dan idea nama restoran di atas.

Namun, jika anda ingin tahu langkah pertama dalam proses penamaan, teruskan membaca di bawah.

  1. Island Grill
  2. Flavoroso
  3. Green Curry
  4. El Pirata Porch
  5. Sweet Escape
  6. Salty Squid
  7. Bangalore Spices
  8. Pancake World
  9. Veganic Corner
  10. Masala
  11. Grassfed Grill
  12. Greenanic Smoothies
  13. Freddy’s Stove
  14. Grandma’s Sweets
  15. Spicella Spanish Kitchen
  16. Xin Chao Vietnamese Restaurant
  17. Paterro’s Kitchen
  18. Mediterra Seafood
  19. Street Deli
  20. Whispering Bamboo

Empat Langkah Menamakan Restoran Anda

Proses empat langkah ini akan menolong anda menamakan restoran anda.

Dalam contoh ini, saya menghasilkan nama untuk sebuah restoran yang menyampaikan rasa semula jadi, organik dan lazat dari produk mereka.

Berikut adalah langkah yang saya ambil untuk membuat nama-nama ini:

Pertama: Sumbang saran idea

Mulakan dengan sumbang saran apa perkataan yang sesuai dengan nama perniagaan anda.

Dalam idea nama saya, saya menggunakan perkataan seperti “Grill”, “Kitchen”, “Porch” and “Stove”.

Idea untuk perkataan yang saya sebutkan itu walaupun berkait rapat dengan restoran atau makanan, boleh juga membawa maksud yang lebih daripada itu.

Pelanggan dapat mengharapkan makanan yang enak, organik dan enak daripada nama tersebut. 

Rakyat Malaysia rata-ratanya memahami asas atau perkataan mudah bahasa Inggeris. Jadi gunakan kelebihan atau peluang ini untuk mengambil perkataan Inggeris untuk nama restoran anda. 

Untuk variasi Bahasa Melayu, saya ingin mencuba perkataan “Dapur” “Selera” dan “Kuali.

Matlamat anda di sini adalah untuk membuat senarai perkataan atau nama yang terlintas dalam fikiran ketika memikirkan perniagaan anda.

Jika anda buntu (saya harap tidak!) dalam memikirkan nama secara spontan, anda boleh mencuba penjana nama restoran kami di atas.

Berikut merupakan idea nama saya sumbang saran:

  • Island Grill
  • Flavoroso
  • Green Curry
  • El Pirata Porch
  • Sweet Escape
  • Salty Squid
  • Bangalore Spices
  • Pancake World
  • Veganic Corner
  • Masala
  • Grassfed Grill
  • Greenanic Smoothies
  • Freddy’s Stove
  • Grandma’s Sweets
  • Spicella Spanish Kitchen
  • Xin Chao Vietnamese Restaurant
  • Paterro’s Kitchen
  • Mediterra Seafood
  • Street Deli
  • Whispering Bamboo

Kedua: Senarai pendek saya

Setelah membuat senarai nama, anda perlu analisis idea tersebut.

Buang nama yang sukar diingat, dieja atau kedengaran lantang apabila diucapkan. 

Simpan nama yang boleh dijenamakan, mudah diingat dan dapat sampaikan nilai, produk atau perkhidmatan jenama anda kepada khalayak sasaran.

Berikut adalah senarai semak ringkas yang anda boleh guna untuk memendekkan senarai nama anda:

  • Adakah nama ini ringkas dan senang diingat?
  • Adakah nama ini senang dibaca dan disebut dengan lantang?
  • Adakah nama ini berbeza dengan pesaing?
  • Adakah nama ini membawa maksud yang relevan?
  • Adakah nama ini mengelakkan kata atau klise yang terlalu banyak digunakan?

Senarai pendek saya:

  • El Pirata Porch
  • Veganic Corner
  • Mediterra Seafood
  • Whispering Bamboo

Idea yang dibuang:

  • Island Grill
  • Flavoroso
  • Green Curry
  • Sweet Escape
  • Salty Squid
  • Bangalore Spices
  • Pancake World
  • Masala
  • Grassfed Grill
  • Greenanic Smoothies
  • Freddy’s Stove
  • Grandma’s Sweets
  • Spicella Spanish Kitchen
  • Xin Chao Vietnamese Restaurant
  • Paterro’s Kitchen
  • Street Deli

Ketiga: Dapatkan maklum balas

Sekarang anda sudah mempunyai tiga hingga enam senarai nama perniagaan restoran yang paling sesuai.

Anda boleh mendapatkan maklum balas daripada bakal pelanggan atau mereka yang terlibat di dalam industri ini (khalayak sasaran anda). 

Cuma, elakkan maklum balas daripada keluarga dan rakan. Mereka cenderung untuk memuji semua idea dan mereka bukan pelanggan anda.

Pastikan anda bertanya soalan seperti:

  • Apa yang terlintas di fikiran anda ketika mendengar nama ini untuk kali pertama?
  • Bagaimana anda mengejanya?

Dengan maklum balas pelanggan anda, kini anda boleh bertanya kepada diri sendiri adakah nama ini masih relevan? Dan adakah ini mewakili perniagaan anda seperti yang anda inginkan?

Maklum balas pelanggan saya:

El Pirata Porch

Nama ini menggunakan perkataan Pirata (bahasa Sepanyol) atau Pirate. Jadi ia menggambarkan sebuah restoran yang menyediakan masakan berasal dari Sepanyol.

Veganic Corner

Nama ini menggambarkan sebuah restoran yang hanya menyediakan hidangan berasaskan sayur-sayuran yang ditanam secara organik.

Mediterra Seafood

Nama ini kedengaran seperti sebuah restoran yang mengkhususkan diri dalam masakan Mediterranean berdasarkan makanan laut segar. Dengar sahaja sudah teliur.

Whispering Bamboo

Nama ini sememangnya menunjukkan sebuah restoran yang menumpukan pada masakan Asia yang sihat dan organik.

Keempat: Semak ketersediaan nama

Pada peringkat ini, anda seharusnya memiliki sekurang-kurangnya tiga nama perniagaan restoran yang bagus (telah dianalisis) dalam senarai anda.

Pastikan nama yang dipilih bebas dari sebarang sekatan undang-undang atau domain masih tersedia. 

Bagaimanakah caranya?

Anda boleh melakukan carian nama perniagaan dengan cepat melalui dalam talian untuk mengetahui adakah nama anda tersedia (bebas tanda dagang) di Malaysia. Ini boleh diperolehi dengan membuat carian di MyIPO.

Selain itu dapatkan kepastian adakah nama tersebut juga tersedia untuk pendaftaran nama domain.

Analisis Nama Pesaing

Untuk membantu anda mendapatkan idea nama perniagaan yang berpotensi, mari kita lihat empat perniagaan restoran luar negara dan tempatan sedia ada.

Kita akan lakukan analisis ringkas mengapa/bagaimana mereka memilih nama perniagaan mereka dan mengapa nama ini berfungsi untuk mereka.

The Kitchen

Dapur adalah tempat khas untuk menyediakan makanan di rumah. Kelebihan dan kepentingan bahagian dapur digunakan untuk nama restoran ini. Ditambah dengan penggunaan artikel ‘The’, nama ini menyampaikan mesej yang kuat mengenai kehebatan makanannya.

Inside and you’re out (IYO)

Akronim yang mudah diingat. Nama penuh restoran ini menggambarkan hidangan yang ditawarkan.

Stokehouse

Gabungan kreatif untuk kedai kopi dan steak. The Stokehouse melangkah lebih jauh dengan memberitahu orang bahawa mereka akan terpikat (gembira/senang) dengan hidangan makanan mereka.

Kafe Bawang Merah

Bawang merah adalah bahan berharga dalam setiap masakan terutamanya masakan tempatan. Jadi penggunaan nama bawang merah ini memberi kesan yang nyata kepada pelanggan bahawa hidangan yang disediakan adalah hidangan tempatan.

Lima Petua Menamakan Restoran Anda

Nama perniagaan yang ideal mestilah ringkas, mudah diingati dan menyampaikan makna pada masa yang sama.

Berikut adalah lima petua yang perlu diingat semasa membuat nama perniagaan anda.

Pertama: Lakukan analisis pesaing

Anda dapat menjimatkan banyak masa dengan membuat analisis terhadap pesaing sebagai langkah pertama anda.

Melalui analisis tersebut, anda boleh tahu apakah nama yang harus dielakkan dan fahami mengapa/bagaimana nama pesaing anda berfungsi untuk mereka.

Maklumat ini akan membantu anda membentuk nama perniagaan anda sendiri. Tidak salah rasanya untuk belajar sesuatu daripada pesaing anda dan jadikannya lebih baik.

Semasa menganalisis pesaing, fikirkan:

  • Nilai perniagaan atau produk apa yang mereka sampaikan dengan nama perniagaan mereka? Bagaimana ia berfungsi untuk mereka?
  • Adakah trend bagaimana perniagaan bidang ini menamakan diri mereka sendiri? Elakkan nama yang terdengar seperti “perniagaan yang sama lagi”.
  • Siapa yang terbaik? Mengapa ia berfungsi dan bagaimana saya dapat menghasilkan nama yang lebih baik?

Kedua: Fokus menamakan perniagaan bukan menghuraikan

Kesalahan yang sering dilakukan oleh perniagaan di luar sana adalah menggambarkan nama perniagaan/perkhidmatan mereka secara literal. 

Nama yang dipilih menggunakan istilah berkaitan restoran yang sudah terlalu banyak seperti tasty, delicious atau sedap.

Nama perniagaan yang lebih berkesan perlu menyampaikan nilai perkhidmatan ditawarkan kepada pelanggan dengan lebih mendalam. Anda boleh cuba namakan restoran anda dengan kisah sebenar di sebalik nama tersebut.

Saya mengambil contoh sebuah restoran sebenar yang disebut “Gracious Madre”.

Dalam bahasa Sepanyol, maksud nama ini adalah “Terima kasih ibu”. Pertama sekali, bahasa asing digunakan menunjukkan gaya dan jenis masakan yang disediakan.

Perkara kedua pula perkataan ibu menunjukkan keaslian makanan yang disediakan oleh seorang ibu yang secara semula jadi, memang pakar dalam masakan.

Ada sebuah restoran di pinggir ibu kota yang bernama Elcantina Mexican Cuisine.

Nama ini bersifat konklusif. Mereka menawarkan makanan Mexico untuk pelanggan. Sebut sahaja makanan Mexico, nama restoran ini akan terlintas di minda penggemar atau mereka yang ingin mencuba.

Ketiga: Cara membuat nama yang mudah diingati

Membuat nama perniagaan yang mudah diingati adalah langkah pertama untuk masuk ke dalam fikiran pelanggan dan juga merupakan tugas yang lebih mudah diucapkan daripada dilakukan.

Nama perniagaan anda harus bertujuan untuk menarik minat pelanggan dan memberi perhatian tambahan terhadap produk anda di kalangan pesaing anda.

Beberapa petua untuk mencipta nama yng mudah diingat adalah:

  • Gunakan sebutan atau aliterasi berirama (Salty Squid, Grassfed Grill)
  • Cuba gunakan perkataan yang tidak relevan ketika berada di luar konteks (El Pirata Porch – El Pirata diterjemahkan menjadi ‘lanun’ dari bahasa Sepanyol yang menyampaikan jenis masakan yang dikhaskan oleh restoran ini.)
  • Nama yang pendek dan padat

Keempat: Cuba beli nama yang berjenama

Nama berjenama adalah kata yang tidak bermaksud tetapi dibaca dan disebut dengan lantang.

Nama ini menggunakan peraturan huruf Vokal / Konsonan / Vokal kerana struktur kata ini biasanya pendek, menarik dan senang disebut dan diingat. Sebagai contoh, nama aplikasi mudah alih berjenama seperti:

  • Bilane Seafood
  • Vanilos Grill
  • Navarro Kitchen

Anda boleh mendapatkan senarai lengkap nama perniagaan berjenama di Domainify.com

Kelima: Elakkan menggabungkan perkataan hanya untuk membuat nama yang unik

Kesalahan lain yang biasanya dilakukan oleh pemilik perniagaan adalah dengan membuat kombinasi perkataan yang janggal dan hambar apabila mereka mengetahui bahawa idea nama perniagaan mereka sudah diambil.

Sebagai contoh, Reshvinder ingin menamakan restoran Veganic Corner. Namun dia mendapati nama tersebut telah digunakan oleh orang lain.

Oleh sebab dia nekad untuk gunakan nama ini, dia cuba memilih nama yang lebih kurang serupa seperti Veganicorner, VeggaCorner atau Vegan Corner.

Pilihan itu seperti ada yang tidak kena. Nama tersebut kedengaran tidak menarik, tidak mudah diucapkan dan tidak mempunyai aura untuk diingat. 

Dalam situasi sebegini, kami mencadangkan anda mulakan semula dan cuba petua yang telah kami sebutkan sebelumnya.

Idea Tambahan untuk Nama Perniagaan

Berikut adalah senarai kata-kata tren, deskriptif dan kata kerja yang sering dikaitkan dengan restoran.

Perkataan popular

Berikut adalah perkataan popular yang digunakan dalam nama restoran.

  • Grill
  • Inn
  • Pub
  • Takeaway
  • Fish & Chips
  • Fresh
  • Breeze
  • Square
  • Beef
  • Boy
  • Bar
  • Italian
  • Wings
  • Street
  • Subs
  • Sidewalk
  • Fried Chicken
  • Deli
  • Famous
  • Farmer
  • Fat
  • Green
  • House
  • Hungry
  • Shack
  • Incredible
  • Famous
  • Eatery
  • Market
  • Papa
  • Pizza
  • Sushi
  • Ranch
  • Taco

Bagaimanakah restoran biasanya digambarkan

(“______ Restaurant”)

CContoh nama restoran yang menggunakan perkataan berkaitan: ‘Rockys Local Steakhouse’, ‘The Fast Italian Restaurant’ dan ‘Restoran Rebung’.

  • good
  • chinese
  • best
  • local
  • most
  • few
  • fine
  • small
  • fast
  • Italian
  • excellent
  • finest
  • french
  • favorite
  • cheap
  • popular

Kata kerja berkaitan restoran

Anda boleh menggunakan kata kerja untuk nama perniagaan Restoran seperti‘Cater a la Carte’ atau ‘The Open Oven Pizzeria‘.

  • ate
  • cater
  • close
  • dine
  • eat
  • line
  • list
  • locate
  • offer
  • open
  • restore
  • serve
  • sold

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki