Penjana Nama Perniagaan Bakeri

Jana nama Perniagaaan Bakeri di bawah

Nama Perniagaan Bakeri: Pembuka Selera Pelanggan

Sesiapa sahaja lalu lalang atau terpandang kedai bakeri atau pun platform online akan berhenti seketika melihat deretan susunan hidangan kek, roti, pasti mahupun muffin yang menyelerakan 

Namun, selain daripada hidangan nama bakeri juga memainkan peranan penting. Nama perniagaan yang menarik akan membuatkan pendengar terliur dan membayangkan aneka hidangan yang tersedia.

Memilih nama yang sesuai untuk perniagaan bakeri tidak semudah memesan atau menikmati hidangan. Anda perlu melihat pelbagai faktor penting yang boleh memberi kesan kepada jenama perniagaan bakeri.

Usah risau, kerana anda membaca artikel yang tepat untuk membantu anda mencipta nama untuk perniagaan bakeri anda. 

Bagaimana Menamakan Perniagaan Bakeri Anda

Nama saya Ashley dan saya merupakan seorang pakar penjenamaan dan pemasaran. Saya akan membimbing anda cara menamakan perniagaan bakeri anda melalui empat langkah yang disyorkan. 

Di bawah ini adalah dua puluh contoh nama yang dijana melalui proses ini. Seterusnya, saya akan menunjukkan bagaimana cara saya mendapat nama-nama tersebut. 

Sebagai permulaan, cubalah penjana nama perniagaan bakeri kami di atas.

Jika anda ingin tahu langkah pertama dalam proses penamaan, teruskan membaca di bawah.

  1. Raw Wheat
  2. Golden Flour
  3. Grandma’s Homemade Bread
  4. Nature’s Gifts Bakery
  5. Bread & Butter
  6. Piece of Cake
  7. Right From Oven
  8. Just Baked
  9. Golden Crust
  10. Cinnamon Rolls
  11. Pure Bread
  12. Cake Time
  13. Cake Corner
  14. Grateful Bread
  15. Snackly
  16. Gluten-Free Escape
  17. Chocolate Cream
  18. Tasty Time
  19. Harvest Bakery
  20. Make Your Cake

Empat Langkah Menamakan Perniagaan Bakeri

Empat langkah ini akan membantu anda menamakan perniagaan bakeri. Untuk contoh ini, saya telah menjana nama untuk perniagaan bakeri yang menyampaikan mesej semula jadi, organik dan rasa produk. 

Berikut adalah setiap langkah yang saya ambil untuk menjana nama perniagaan ini.

Pertama: Sumbang saran idea

Mulakan dengan sumbang saran apakah perkataan yang sesuai dengan nama perniagaan anda. Dalam idea nama saya, saya menggunakan perkataan seperti “Homemade”, “Nature”, “Golden” and “Raw”.

Untuk Bahasa Melayu pula, perkataan seperti “Selera”, “Lazat” “Asli” dan“Istimewa” antara contoh yang boleh digunakan.

Anda dapat melihat bahawa perkataan-perkataan ini tidak hanya berkait rapat dengan perniagaan bakeri, ia juga boleh menunjukkan anda menawarkan produk bakeri yang manis, organik dan enak daripada perniagaan atau jenama ini. 

Objektif proses ini adalah untuk membuat senarai perkataan atau nama yang terlintas dalam fikiran ketika memikirkan perniagaan anda.

Sekiranya anda buntu untuk memikirkan perkataan yang boleh digunakan, anda juga boleh mencuba penjana nama perniagaan bakeri kami di atas.

Berikut merupakan idea nama yang dapat saya fikirkan selepas sumbang saran:

  • Raw Wheat
  • Golden Flour
  • Grandma’s Homemade Bread
  • Nature’s Gift Bakery
  • Bread & Butter
  • Piece of Cake
  • Right From Oven
  • Just Baked
  • Golden Crust
  • Cinnamon Rolls
  • Pure Bread
  • Cake Time
  • Cake Corner
  • Grateful Bread
  • Snackly
  • Gluten-Free Escape
  • Chocolate Cream
  • Tasty Time
  • Harvest Bakery
  • Make Your Cake

Kedua: Senarai pendek idea

Setelah anda membuat senarai nama, buat analisis idea.

Buang nama yang sukar diingat, dieja atau kedengaran lantang apabila diucapkan.

Simpan nama yang boleh dijenamakan, mudah diingat dan dapat sampaikan nilai, produk atau perkhidmatan jenama anda kepada khalayak sasaran anda.

Berikut adalah senarai semak ringkas yang anda boleh guna untuk menyemak idea dan memendekkan senarai nama:

  • Adakah nama ini ringkas dan senang diingat?
  • Adakah nama ini senang dibaca dan disebut dengan lantang?
  • Adakah nama ini berbeza dengan pesaing?
  • Adakah nama ini membawa maksud yang relevan?
  • Adakah nama ini mengelakkan kata atau klise yang terlalu banyak digunakan?

Senarai pendek saya:

  • Raw Wheat
  • Bread & Butter
  • Cake Time
  • Harvest Bakery

Idea yang dibuang:

  • Golden Flour
  • Grandma’s Homemade Bread
  • Nature’s Gift Bakery
  • Piece of Cake
  • Right From Oven
  • Just Baked
  • Golden Crust
  • Cinnamon Rolls
  • Pure Bread
  • Cake Corner
  • Grateful Bread
  • Snackly
  • Gluten-Free Escape
  • Chocolate Cream
  • Tasty Time
  • Make Your Cake

Ketiga: Dapatkan maklum balas

Sekarang anda sudah mempunyai tiga hinga enam senarai nama perniagaan bakeri yang hebat.

Anda boleh mendapatkan maklum balas daripada bakal pelanggan atau mereka yang terlibat di dalam industri ini (pelanggan sasaran anda). 

Elakkan maklum balas daripada keluarga dan rakan. Mereka cenderung untuk memuji semua idea dan mereka bukan pelanggan anda.

Pastikan anda tanyakan soalan seperti:

  • Apa yang terlintas di fikiran anda ketika mendengar nama ini untuk kali pertama?
  • Bagaimana anda mengejanya?

Melalui maklum balas pelanggan anda, kini anda boleh bertanya kepada diri sendiri adakah nama tersebut masih relevan? Dan adakah ia menggambarkan perniagaan seperti yang anda inginkan?

Maklum balas pelanggan saya:

Raw Wheat

Nama ini memberikan produk premium dan semula jadi.

Bread & Butter

Nama ini menunjukkan kesederhanaan dalam membuat produk dengan rasa yang hebat.

Cake Time

Nama ini menyampaikan produk khas dan rasa manis.

Harvest Bakery

Nama ini memberitahu pelanggan produk yang organik dan diperbuat daripada bahan semula jadi sahaja.

Keempat: Semak ketersediaan nama

Pada peringkat ini, anda seharusnya memiliki tiga nama perniagaan bakeri yang bagus dalam senarai anda. Pastikan nama yang dipilih bebas dari sebarang sekatan undang-undang atau domain masih tersedia.

Bagaimana caranya?

Anda boleh melakukan Pencarian Nama Perniagaan dengan cepat melalui dalam talian untuk mengetahui adakah nama anda tersedia (bebas Tanda Dagang) di Malaysia.

Ini boleh diperolehi dengan membuat carian di MyIPO. Selain itu dapatkan kepastian adakah nama tersebut juga tersedia untuk pendaftaran nama domain.

Analisis Nama Pesaing

Untuk membantu anda mendapatkan idea nama perniagaan yang berpotensi, mari kita lihat tiga perniagaan bakeri yang berjaya.

Kita akan melakukan analisis ringkas mengapa/bagaimana mereka memilih nama perniagaan mereka dan mengapa nama ini berfungsi untuk mereka.

Sugar Bakeshop

Sekali pandang tidak terpancar elemen kreativiti pada bakeri ini. Tetapi nama tersebut seakan memberitahu pelanggan jenis perniagaan yang dijalankan/ditawarkan. Perniagaan ini khusus dalam membuat pai, kek dan gula-gula. Ini sememangnya menarik minat individu yang ingin memenuhi keinginan ‘kemanisan’ gula mereka. Nama perniagaan ini tepat dan boleh dijenamakan.

B.Patisserie

Bermula sebagai perniagaan keluarga di Perancis, tetapi setelah semakin popular, nama ini tersebar ke seluruh dunia. Nama ‘Patisserie’ menyampaikan hubungan yang kuat antara Perancis dan produk bakeri. Perniagaan ini hanya mengkhususkan bakeri Perancis dan ini dapat disampaikan melalui pandangan pertama pada nama jenamanya.

Lima Petua Menamakan Perniagaan Bakeri

Nama perniagaan bakeri yang ideal mestilah ringkas, mudah diingati dan pada masa yang sama menyampaikan maksud.

Berikut adalah lima petua yang perlu diingat semasa mencipta nama perniagaan anda.

Pertama: Lakukan analisis terhadap pesaing

Anda dapat menjimatkan masa dengan melakukan analisis terhadap pesaing sebagai langkah pertama anda.

Dengan mengetahui apakah nama yang harus dielak dan memahami mengapa/bagaimana nama pesaing anda berfungsi untuk mereka, dapat membantu anda membentuk nama perniagaan anda sendiri.

Semasa menganalisis pesaing, pertimbangkan perkara berikut:

  • Nilai perniagaan atau produk apa yang mereka sampaikan dengan nama perniagaan mereka? Bagaimana ia berfungsi untuk mereka?
  • Adakah trend bagaimana perniagaan bidang ini menamakan diri mereka sendiri? Elakkan nama yang terdengar seperti “perniagaan yang sama lagi”.
  • Siapa yang terbaik? Mengapa ia berfungsi dan bagaimana saya dapat menghasilkan nama yang lebih baik?

Kedua: Fokus namakan perniagaan bukan menghuraikan

Kesalahan yang sering dilakukan oleh perniagaan adalah menggambarkan nama perniagaan mereka secara literal. Mereka menggunakan istilah bakeri yang sudah banyak digunakan seperti flour, dough atau sweet

Nama perniagaan yang lebih berkesan harus menyampaikan nilai produk kepada pelanggan pada tahap yang lebih mendalam. Anda boleh cuba namakan perniagaan anda dengan kisah sebenar di sebalik nama tersebut.

Mari kita ambil contoh perniagaan bakeri sebenar yang bernama “Elizabethan Desserts”

Secara literal, nama ini menunjukkan bahawa anda membeli pencuci mulut daripada sebuah perniagaan yang khusus menyediakan hidangan pencuci mulut.

Namun dari satu perspektif yang lebih mendalam, nama tersebut seakan berkomunikasi dengan bakal pelanggan. 

Pelanggan akan menikmati hidangan pencuci mulut berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh orang yang berpengalaman dan mahir dalam hidangan pencuci mulut mengikut resipi tradisional.

Ini merupakan satu strategi yang baik untuk menghasilkan nama yang akan mendorong hubungan lebih mesra dan bermakna di antara pelanggan dan perniagaan.

Ketiga: Cara membuat nama yang mudah diingati

Langkah pertama untuk meresap masuk ke dalam ingatan pelanggan, anda perlu memilih nama yang mudah diingat.

Tugas ini lebih mudah dibuat melalui percakapan daripada dilakukan.

Nama perniagaan anda harus mampu menarik minat dan membuatkan pelanggan memberi perhatian tambahan terhadap produk anda di kalangan pesaing.

Beberapa petua berguna dalam mencipta nama yang berguna:

  • Gunakan sebutan atau aliterasi berirama (Bread & Butter, Make Your Cake);
  • Cuba gunakan perkataan yang tidak relevan ketika berada di luar konteks (Harvest Bakery – Harvest berkait rapat dengan gandum yang merupakan ramuan utama dalam produk bakeri);
  • Nama yang pendek dan padat.

Keeempat: Cuba beli nama perniagaan yang berjenama

Nama perniagaan berjenama adalah kata yang tidak bermaksud tetapi dibaca dan disebut dengan lantang.

Nama tersebut menggunakan peraturan huruf Vokal / Konsonan / Vokal kerana struktur ini biasanya pendek, menarik dan senang disebut dan diingat.

Contoh nama perniagaan bakeri berjenama:

  • Bolinuvo Bakery
  • Opius Bakery
  • Maniva Desserts

Anda boleh mendapatkan senarai lengkap nama perniagaan berjenama di Domainify.com

Kelima: Elakkan menggabungkan perkataan hanya untuk membuat nama yang unik

Kesalahan lain yang biasanya dilakukan oleh pemilik perniagaan adalah dengan membuat kombinasi kata yang janggal dan hambar apabila mereka mengetahui bahawa idea nama perniagaan mereka sudah diambil.

Sebagai contoh, Chef Khairul ingin menamakan perniagaan bakerinya dengan Harvest Bakery. Namun dia mendapati nama tersebut telah digunakan.

Oleh sebab dia sudah membuat keputusan untuk terus menggunakan nama tersebut, dia cuba menggunakan nama yang lebih kurang serupa dan memilih nama seperti Harwest Bakery, HarvBakery atau Harvesting Bakery.

Anda boleh melihat idea-idea tersebut agak terkebelakang kerana kedengaran hambar, tidak menarik atau mudah dilupakan.

Dalam situasi sebegini, kami mencadangkan mula semula dan mencuba petua yang telah kami sebutkan sebelumnya.

Idea Lain untuk Nama Perniagaan Bakeri

Kami senaraikan perkataan berkaitan yang boleh anda gunakan dalam nama perniagaan bakeri anda.

Berikut adalah senarai kata-kata trend, deskriptif dan perkataan yang biasanya berkaitan dengan bakeri.

Perkataan popular

Perkataan popular yang sering digunakan untuk nama bakeri.

  • Berolina
  • Cafe
  • Chaumont
  • Danish
  • Erick
  • Estelle
  • Gayle
  • Hawaiian
  • Jane
  • King
  • Lady
  • Magnolia
  • Olsen
  • Pastry
  • Patisserie
  • Porto
  • Proof
  • Restaurant
  • Schat
  • Shop
  • Sweet
  • Twofish
  • Village
  • Westchester

Perkataan yang sering digunakan untuk menggambarkan bakeri

(” bakery______”)

Anda boleh gunakan perkataan ini untuk membuat nama perniagaan bakeri seperti ‘CoffeeBake’ dan ‘The Pastry Wagon’.

  • Cafe
  • Cafes
  • Coffee
  • Column
  • Dairy
  • Goods
  • Hill
  • Items
  • Oven
  • Owner
  • Owners
  • Products
  • Restaurant
  • Shop
  • Store
  • Wagon

Bagaimana bakeri sering digambarkan

(“______ bakery”)

Contoh syarikat bakeri yang menggunakan perkataan ini: ‘Bella Bakery’ ,’The Little Greek Bakery’ dan ‘Kenny Hills Bakery’,

  • Automated
  • Automatic
  • Bella
  • Belwood
  • Best
  • Big
  • Busy
  • Central
  • Chinese
  • Clean
  • Commercial
  • Communal
  • Cooperative
  • Danish
  • Deli
  • Downtown
  • European
  • Excellent
  • Extensive
  • Facilities
  • Famous
  • Fancy
  • Favorite
  • Former
  • French
  • German
  • Greek
  • Hot
  • Huge
  • Industrial
  • Italian
  • Kosher
  • Large
  • Largest
  • Little
  • Local
  • Mechanical
  • Mechanized
  • Mexican
  • Modern
  • Municipal
  • Nearby
  • Nearest
  • Neighboring
  • New
  • Nice
  • Night
  • Old
  • Oldest
  • Operative
  • Organic
  • Own
  • Owned
  • Polish
  • Popular
  • Pretzel
  • Retail
  • Scale
  • Site
  • Sized
  • Small
  • Store
  • Style
  • Successful
  • Swedish
  • Tiny
  • Turkish
  • Viennese
  • Warm
  • Wholesale
  • Wonderful

Bakeri dalam bahasa asing

Pertimbangkan untuk menggunakan perkataan bahasa asing dalam nama perniagaan anda untuk memberi elemen dan sentuhan jenama antarabangsa atau eksotik.

Bahasa Latin: Pistrina

Bahasa Perancis: Boulangerie

Bahasa Itali: Forno

Bahasa Sepanyol: Panadería

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki