Penjana Nama Produk

Jana nama & idea nama produk anda di bawah.

Hai, nama saya Ashley.

Saya seorang pakar dalam penjenamaan dan pemasaran. Saya akan membimbing anda bagaimana membuat nama produk yang sempurna.

Dalam era digital sekarang, tugas memilih nama produk agak sukar.

Bukan sahaja perlu bersaing di pasaran tempatan, adanya prospek pelanggan dari luar negara juga membuatkan anda perlu mencari nama yang mudah difahami oleh pelanggan universal.

Panduan Lengkap Menamakan Produk Anda

Dari kaca mata pelanggan, nama produk digunakan untuk mengenalpasti sesuatu yang unik, berbeza dari pesaing serta mendapat tempat di pasaran.

Nama yang sederhana akan hilang potensi untuk pengembangan jenama. 

Sebagai contoh, syarikat coklat mewah boleh menamakan coklat mereka seperti, ‘Double Dark’, tetapi bukankah lebih menarik jika mereka menamakannya seperti ‘Darker from Night’?

Nama tersebut masih bersifat deskriptif, tetapi konotasi yang lebih menarik. Secara tersirat, sesuatu yang berbeza, misteri, sensual bahkan berkaitan dengan produk.

Panduan penamaan produk ini akan membantu anda memikirkan lebih daripada sekadar nama.

Apa yang Jadikan Nama Produk Hebat?

Terdapat banyak aspek yang perlu dipertimbangkan ketika mengembangkan nama produk yang hebat.

Di bawah ini saya akan nyatakan semua perkara yang anda ingin ketahui semasa proses tersebut.

Pertama, perkara utama adalah menjual produk anda. Untuk memahami sama ada nama produk anda akan berjaya, anda perlu berfikir dari perspektif pelanggan sasaran.

Tanya pada diri sendiri: Adakah nama itu menonjol? Sekiranya produk anda berbeza dan mempunyai USP (unique selling preposition) tertentu, gunakan nama produk untuk nampak berbeza dan tumpuan pelanggan terarah kepada keistimewaan tersendiri produk.

Adakah nama tersebut memberitahu apakah produk itu? Adakah/bagaimana kaitannya produk sedia ada dengan jenama anda? Pengguna lebih cenderung membeli sesuatu jika mereka tahu produk itu. 

Sekiranya anda memilih nama yang rawak, anda akan bergantung kepada identiti jenama untuk memberitahu dan memujuk orang untuk membeli. 

Jika  jenama itu nama yang besar, misalnya dalam pembuatan kereta atau komputer, seperti Ford atau HP, tidak menjadi masalah.

Sebaliknya, untuk jenama yang kecil, pendedahan pertama orang ramai terhadap jenama anda akan melalui nama produk. Nama yang menarik dan informatif benar-benar memberi kesan. 

Adakah nama anda menanam keyakinan jenama?

Jenama dan produk anda harus saling mempromosi dan membina identiti jenama anda. Keyakinan dan kesetiaan jenama perlu dikekalkan untuk membantu perkembangan perniagaan dan jualan produk pada masa hadapan

Perbezaan Antara Nama Perniagaan dan Nama Produk

Nama perniagaan dan nama produk harus bekerjasama secara sinergi; kedua-duanya harus membantu menyokong dan membina profil yang lain.

Terdapat beberapa contoh kerjasama jenama dan produk yang begitu baik hampir tidak dapat dipisahkan. Mengambil Google sebagai contoh, kedua-dua jenama dan perniagaan adalah Google. 

Produk utama mereka adalah Google Chrome.

Namun, Google melakukan lebih daripada sekadar Chrome, mereka menawarkan pelbagai jenis produk lain: Google Adwords, Google Docs, Google Analytics, Google Maps, Gmail. Ini semua produk yang berfungsi di bawah jenama Google.

Terdapat perbezaan yang jelas antara nama produk dan nama perniagaan. Nama produk harus lebih bermaklumat, tertumpu pada penjualan produk, sambil mematuhi dan menyokong identiti jenama. 

Nama perniagaan adalah jenama yang dibina melalui persepsi, harapan, dan pengalaman pengguna. Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan adalah di bawah sesuatu jenama.

Google adalah nama ringkas dan berjenama.

Sebenarnya, nama Ini tidak bermaksud apa-apa tetapi berkaitan dengan idea jenama. Perkataan tersebut berasal dari googol atau ditulis dalam bentuk 10100 (sepuluh kuasa seratus).  

Semasa mengembangkan produk, versi baru atau penambahbaikan akan berlaku. Anda mempunyai salah satu daripada dua strategi asas untuk dipilih ketika menamakannya.

Pertama, kekalkan nama yang sama. Syarikat pembuat kereta melakukan ini dengan kerap.

Ford Focus misalnya terdapat dalam pelbagai bentuk. Ini bermula dengan hatchback asas. Namun sekarang lebih meluas, daripada mobil sport hingga sedan.

Strategi kedua adalah dengan memberikan nama yang baru untuk versi baru.

Nintendo melakukannya melalui produk Nintendo Wii, dinamakan semula daripada nama terdahulu, GameCube dan N64.

Apabila pelanggan melihat kesinambungan nama mereka mengharapkan produk tersebut hampir sama dengan model sebelumnya.

Ford Focus terbaru dilengkapi dengan akhiran berikut: SEL, Titanium, RS, Se Sedan. Setiap akhiran ini menunjukkan perubahan kecil dan perbezaan antara produk. 

Kesinambungan nama adalah jaminan kualiti. Selain itu, pelanggan mengharapkan produk tersebut mempunyai ciri yang lebih baik.

Apabila pelanggan melihat nama baru mereka mengharapkan produk baru dan berbeza serta penambahan ciri baru.

Produk ini dianggap lebih berisiko daripada produk generasi akan datang namun lebih bermanfaat, berkualiti tinggi, atau memberikan pengalaman lebih memuaskan kepada pengguna.

PlayStation misalnya, meneruskan penggunaan nama jenama. Pelanggan mengharapkan produk yang hampir sama, tetapi lebih baik dengan beberapa ciri baru. 

Sebagai perbandingan, Nintendo telah mengeluarkan konsol yang berbeza, dengan nama yang berbeza. Nama baru untuk setiap konsol, iaitu N64 dan Wii, membuatkan pelanggan mengharapkan pengalaman pengguna yang berbeza.

Perubahan nama menandakan perbezaan lengkap dan dramatik berbanding konsol generasi lama.

Sepuluh Petua Terbaik: Cara Menamakan Produk

Pada bahagian ini, saya akan membincangkan beberapa petua dan amalan terbaik untuk menamakan produk.

1. Terangkan produk

Cara termudah untuk menamakan produk adalah dengan nama yang menggambarkan dengan tepat fungsi produk tersebut. Beberapa syarikat telah melakukan ini dengan baik sehingga nama mereka menjadi identiti produk itu sendiri. 

Bubble wrap dicipta oleh Syarikat Sealed Air, dan merupakan produk yang diniagakan oleh mereka. Satu lagi contoh adalah Jet SkiI. Ini sebenarnya adalah nama berjenama yang dihasilkan oleh Kawasaki Heavy Industries.

Nama sebetulnya adalah kapal air peribadi (personal watercraft).

2. Mudah dieja dan diucap

Sekiranya produk sukar dieja, ia sukar dicari secara  online. Pembeli biasanya tidak akan membeli produk secara serta-merta. Mereka akan mempertimbangkan, meneliti dan kemudian baru membeli. 

Jika mereka tidak ingat bagaimana mengeja nama produk, mereka tidak dapat mencarinya secara online dan tidak akan membelinya. 

Begitu juga jika sesuatu produk itu sukar untuk diucapkan. Pelanggan prospek tidak akan dapat memberitahu sesiapa tentang produk itu.

Penyampaian maklumat dan pemasaran dari mulut ke mulut tidak akan berlaku.

3. Kata majmuk

Dengan menggabungkan dua perkataan yang relevan dengan produk anda, anda dapat membuat kata majmuk unik yang menarik dan tepat untuk mewakili produk anda.

Sebagai contoh, Minipresso yang dihasilkan oleh Wacaco. Minipresso adalah mesin espresso mini yang boleh digenggam. Nama itu menggabungkan perkataan mini, dan espresso.

4. Mudah diingat

Nama yang lebih panjang sukar diingat. Produk yang dilupakan tidak akan dijual berbanding dengan produk yang menarik perhatian dan melekat di fikiran prospek pelanggan.

Terdapat beberapa teknik untuk membuat nama yang mudah diingati, seperti menggunakan aliterasi. Paypal adalah contoh yang baik. Aliterasi bunyi plosif ‘p’ melekat di dalam kepala anda.

Walaupun ada alternatif lain untuk perkhidmatan seperti Paypal, namun nama itu akan  tetap ada di dalam ingatan. 

Nama PayPal juga bersifat deskriptif;  membantu anda memahami apakah perkhidmatannya (Pay) dan pembayaran lebih mudah dan mesra (Pal).

5. Berfikir Secara Metafora

Kecuali produk anda benar-benar unik, agak sukar mendapat nama khusus untuk menggambarkan produk anda. 

Fikirkan bagaimana anda dapat menerangkan produk anda secara kiasan.

Ford Mustang misalnya. Mustang adalah kuda berkeliaran bebas dari barat Amerika. Ford Mustang berjaya mengaitkan metafora dengan antara kereta bergerak bebas di segenap jalan raya di Amerika.

6. Akronim

Akronim boleh menjadi cara yang baik untuk mendapatkan nama produk deskriptif yang panjang tetapi mudah diingat. Anda harus berhati-hati untuk memastikan akronim tidak menjadi mustahil untuk diingat.

Tidak ada yang akan mengingat akronim seperti RDPEF. Jadikan  pendek, dan lebih baik menjadikannya bukan perkataan yang menyeronokkan seperti ABBA.

7. Gunakan kata kerja

Tenerangkan produk anda dengan kata kerja untuk mudah diingat. Contohnya iPod touch atau iPod Shuffle. Menyentuh dan mengacak menggambarkan USP produk tersebut dan membuatkan lebih mudah diingat.

Anda juga boleh melakukan sebaliknya. Gunakan kata kerja sebagai nama poduk.

Google, telah menjadikan kata kerja untuk menjalankan carian internet (Google Search).

Cara Ini berfungsi dengan baik untuk nama produk yang belum mempunyai makna. Cuba fikirkan Skype atau Shazam.

8. Ambil kira respons emosi

Nama produk yang baik akan menimbulkan respons emosi kepada pengguna.

Sebagai contoh, Huggies . Produk mereka adalah lampin, tetapi nama tersebut menunjukkan bahawa mereka lebih daripada itu. 

Nama itu membangkitkan tindak balas emosi positif. Kebanyakan orang suka pelukan, orang suka memeluk benda comel, seperti bayi.

Nama ini membuatkan produk ‘kasar’ menjadi sesuatu yang mesra dan comel.

9. Fikirkan pasaran sasaran

Siapakah prospek sasaran anda? Mengapa mereka membeli produk anda? Fikirkan apa yang ingin dibeli oleh pasaran sasaran anda. 

Sekiranya anda membuat teknologi pintar untuk demografi yang sangat spesifik, anda mungkin mempunyai nama yang kena dengan jangkaan mereka. 

Sebagai contoh, Neospectra adalah produk mikrospektrometri khusus untuk sektor pembangunan sains berskala besar. Nama itu berunsurkan saintifik dan berkaitan dengan USP.

Nama produk ini tidak menarik minat business-to-consumer namun berkesan untuk business-to-business

Cuba dapatkan maklum balas daripada bakal pelanggan mengenai idea nama produk.

10. Uji nama

Masukkan nama dalam konteks. Lihat kesesuaian nama dalam katalog dan laman web anda. Adakah ia sesuai dengan jenama anda atau kelihatan aneh.

Ucapkan dengan lantang dalam satu ayat. Adakah nama tersebut kedengaran sesuai?

Inspirasi Nama Produk

Perlukan bantuan untuk membentuk nama produk yang sempurna? Saya berikan beberapa idea untuk membantu anda.

Mulakan dengan sehelai kertas dan buat senarai kata kunci dan idea yang terlintas di fikiran anda. Susun perkataan dan frasa ini ke dalam kategori.

Lakukan carian di Google. Lihat sinonim, antonim atau simpulan bahasa yang menarik dengan membuat senarai kata kunci dan idea yang berkaitan.

Apabila anda mempunyai cadangan cuba gabungkan perkataan dan idea. Gunakan 10 petua yang telah saya berikan sebagai panduan. 

Cuba Penjana Nama kami untuk menjana ribuan idea nama produk. Masukkan kata kunci dan secara automatik beribu kombinasi nama akan dijana.

Sebagai contoh, jika anda adalah syarikat alaant berkebun dan anda mengeluarkan produk baru iaitu sejenis peniup (blower) daun, senarai anda akan bermula seperti berikut:

  • Leaf
  • Blower
  • Garden
  • Flower
  • Gardening
  • Yard
  • Work
  • Grass
  • Flower
  • Clear
  • Deleaf
  • Declutter
  • Easy Leaf

Semak Tanda Dagang dan Pendaftaran

Setelah memilih nama anda perlu mendaftarkan tanda dagangan untuk nama produk tersebut. Ini menghalang pihak lain menyalin idea dan mencuri perniagaan anda.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menyemak tanda dagangan. Ini akan memastikan nama anda belum didaftar oleh orang lain. Di Malaysia, semakan ini boleh dilakukan di MyIPO.

Sekiranya anda mendapati nama yang dipilih telah didaftarkan oleh pihak lain, anda terpaksa memilih pilihan kedua atau seterusnya dalam senarai nama produk anda.

Pendaftaran tanda dagangan online di MyIPO melibatkan anggaran kos asas sehingga RM1100. Kos ini boleh meningkat sekiranya terdapat isu-isu atau permohonan sampingan lain.

Masa yang diperlukan adalah di antara 12 hingga 18 bulan. 

Antara maklumat penting yang diperlukan adalah kelas produk, tarikh penggunaan pertama dan penerangan reka bentuk dan perkataanyang anda mahu daftarkan.

Sekiranya anda tidak begitu arif untuk mendaftarkan tanda dagang, atau anda berpendapat tanda dagang anda mungkin dibantah, anda boleh berjumpa dengan peguam  atau ejen untuk mendapatkan nasihat mengenai prosesnya.

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki