Penjana Nama & Idea Perniagaan Kafe

Jana nama kafe di bawah.

Bagaimana Menamakan Kafe Anda

Hai, nama saya Ashley.

Saya seorang pakar dalam penjenamaan dan pemasaran. Kali ini saya akan membimbing anda untuk menamakan kafe melalui empat langkah yang akan dibincangkan dan disyorkan. 

Di bawah ini adalah dua puluh contoh nama yang dijana melalui proses ini. Seterusnya, saya akan menunjukkan bagaimana cara saya mendapat nama-nama tersebut.

Sebagai permulaan, cubalah penjana nama perniagaan kafe kami di atas. Jika anda ingin tahu langkah pertama dalam proses penamaan, teruskan membaca di bawah.

  1. The Quick fix cafe
  2. Black Aroma
  3. Golden Mug
  4. Jugz Expresso
  5. Urban Zest Cafe
  6. Fresh Grind
  7. Cream Mocha
  8. MoodSpresso
  9. Morning Vibe coffee
  10. The sippers
  11. VintageBee Coffee House
  12. Daily bean Perk
  13. Egoeast Latte
  14. Café pronto
  15. Ancient twist káva
  16. FreshFlip
  17. Express Chai Caffe
  18. Mugshot Café
  19. cream mine
  20. Busty Bean

Empat Langkah Menamakan Kafe Anda

Terdapat nama kafe yang dinamakan dengan nama yang lucu. Ini lebih kepada mengikut trend semasa, walau apa pun nama yang dipilih ia mesti memiliki elemen kualiti dan menonjol untuk perniagaan kafe anda.

Empat langkah ini akan membantu anda menamakan perniagaan kafe anda.

Untuk contoh ini, saya telah menjana nama untuk perniagaan kafe yang menyampaikan mesej kualiti, kemanisan dan pengalaman hebat.

Berikut adalah setiap langkah yang saya ambil untuk menjana nama perniagaan ini.

Pertama: Sumbang saran idea

Mulakan dengan sumbang saran apakah perkataan yang sesuai dengan nama perniagaan anda.

Saya memilih perkataan seperti “cream”, “café”, “Sweet” “Sip” dan “fresh” di mana perkataan tersebut dapat dikaitkan dengan kopi sambil menggambarkan penjenamaan dan suasana kafe kepada pelanggan.

Sementara itu. perkataan dalam bahasa Melayu seperti “lemak” “manis” “cangkir” dan ”cawan” mempunyai tujuan yang sama dengan perkataan Bahasa Inggeris yang dicadangkan.

Pada peringkat ini, matlamat anda adalah untuk membuat senarai perkataan atau nama yang terlintas dalam fikiran berkaitan perniagaan anda.

Sekiranya anda buntu untuk memikirkan perkataan yang boleh digunakan, anda juga boleh mencuba penjana nama perniagaan kami.

Berikut merupakan idea nama yang saya fikirkan selepas sumbang saran:

  • Black Aroma
  • Golden Mug
  • Fresh Grind
  • Cream Mocha
  • Café pronto
  • Ancient twist káva
  • FreshFlip
  • Express Chai Caffe
  • cream mine
  • Busty Bean

Kedua: Senarai pendek idea

Setelah anda membuat senarai nama, buat analisis idea. Buang nama yang sukar diingat, dieja atau diucapkan dengan lantang.

Simpan nama yang boleh dijenama, bagus disebut, mudah diingati dan dapat sampaikan nilai, produk atau perkhidmatan jenama anda kepada khalayak sasaran anda.

Berikut adalah senarai semak ringkas yang anda boleh guna untuk menyemak idea anda untuk memendekkan senarai nama:

  • Adakah nama ini ringkas dan senang diingat?
  • Adakah nama ini senang dibaca dan disebut dengan lantang?
  • Adakah nama ini berbeza dengan pesaing?
  • Adakah nama ini membawa maksud yang relevan?
  • Adakah nama ini mengelakkan kata atau klise yang terlalu banyak digunakan?

Senarai pendek saya:

  • Black Aroma
  • Fresh Grind
  • Morning Vibe Coffee
  • Urban Zest Cafe

Idea yang dibuang:

  • Golden Mug
  • Jugz Expresso
  • MoodSpresso
  • The sippers
  • VintageBee Coffee House
  • Daily bean Perk
  • Egoeast Latte
  • Café pronto
  • Ancient twist káva
  • FreshFlip
  • Express Chai Caffe
  • Cream mine
  • Busty Bean
  • Mugshot Café
  • The Quick fix cafe
  • Cream Mocha

Ketiga: Dapatkan maklum balas

Sekarang anda sudah mempunyai tiga hingga enam senarai nama perniagaan kafe yang difikirkan sesuai. 

Anda boleh mendapatkan maklum balas daripada bakal pelanggan atau mereka yang bekerja di dalam industri ini (khalayak sasaran anda). 

Elakkan maklum balas daripada keluarga dan rakan. Mereka cenderung untuk memuji semua idea dan mereka bukan pelanggan anda.

Pastikan anda tanyakan soalan seperti:

  • Apa yang terlintas difikiran anda ketika mendengar nama ini untuk kali pertama?
  • Bagaimana anda mengejanya?

Maklum balas pelanggan saya:

Black Aroma

Nama ini menyampaikan produk berkualiti dengan rasa yang hebat.

Fresh Grind

Nama ini menawarkan produk segar premium.

Morning Vibe

Nama ini memberikan perkhidmatan dan produk hebat yang akan mencerahkan hari anda.

Urban Zest

Nama ini memberikan gabungan kualiti dan pengalaman hebat.

Keempat: Semak ketersediaan nama

Pada peringkat ini, anda seharusnya memiliki tiga nama perniagaan kafe yang bagus dalam senarai anda. Pastikan nama yang dipilih bebas dari sebarang sekatan undang-undang atau domain masih tersedia.

Bagaimanakah caranya?

Anda boleh melakukan carian nama perniagaan dengan cepat melalui dalam talian untuk mengetahui adakah nama anda tersedia (bebas Tanda Dagang) di Malaysia.

Ini boleh diperolehi dengan membuat carian di MyIPO.

Selain itu dapatkan kepastian adakah nama tersebut juga tersedia untuk pendaftaran nama domain.

Analisis Nama Pesaing

Untuk membantu anda mendapatkan idea nama perniagaan yang berpotensi, mari kita lihat tiga perniagaan kafe yang berjaya.

Kita akan melakukan analisis ringkas mengapa/bagaimana mereka memilih nama perniagaan mereka dan mengapa nama ini berfungsi untuk mereka.

Barista Parlor terhubung dengan pelanggan dengan mempunyai nama perniagaan yang mudah dan tidak dapat dilupakan. Nama ini mewakili  aura artistik dan kopi berkualiti tinggi yang disajikan di kedai. Hanya dengan menyebut namanya, satu-satunya gambaran yang terlintas di fikiran adalah barista yang rajin berusaha komited melayani anda pada waktu pagi.

Madcap coffee menggunakan nama yang lucu untuk terhubung dengan pelanggan. Walaupun nama kafe ini tidak memberi gambaran tentang kualiti perkhidmatan yang ditawarkan, tetapi nama tersebut seperti memberitahu pelanggan, sebuah kafe dalam suasana yang ceria.

Cafe Grumpy telah berkembang menjadi salah satu kafe yang paling popular di US. Nama itu sendiri adalah ironi dan menarik. Kunjungan pelanggan akan menerbitkan rasa gemarkan kopi dan dilengkapkan dengan layanan yang baik.

Secawan Sepiring memiliki nama yang memberi maksud jelas kepada pelanggan. Terdapat hidangan seperti kuih muih yang biasanya dihidang di atas piring, dan semestinya secawan kopi untuk dinikmati.

Lima Petua Menamakan Kafe Anda

Nama perniagaan kafe yang ideal mestilah ringkas, mudah diingati dan pada masa yang sama menyampaikan maksud. Berikut adalah lima petua yang dapat membantu anda semasa mencipta nama kafe.

Pertama: Lakukan analisis pesaing

Anda dapat menjimatkan masa dengan melakukan analisis terhadap pesaing sebagai langkah pertama anda.

Dengan mengetahui apakah nama yang harus dielak dan memahami mengapa/bagaimana nama pesaing anda berfungsi untuk mereka, dapat membantu anda membentuk nama perniagaan anda sendiri.

Semasa menganalisis pesaing, pertimbangkan perkara:

  • Nilai perniagaan atau produk apa yang mereka sampaikan dengan nama perniagaan mereka? Bagaimana ia berfungsi untuk mereka?
  • Adakah trend bagaimana perniagaan bidang ini menamakan diri mereka sendiri? Elakkan nama yang terdengar seperti “perniagaan yang sama lagi”.
  • Siapa yang terbaik? Mengapa ia berfungsi dan bagaimana saya dapat menghasilkan nama yang lebih baik?

Kedua: Fokus menamakan perniagaan bukan menghuraikan

Kesalahan yang sering dilakukan dalam perniagaan adalah menggambarkan nama perniagaan mereka secara literal tanpa ada langusng unsur kreativiti.

Mereka menggunakan istilah berkaitan kopi yang sudah terlalu banyak digunakan seperti dark, sweet atau shop.

Nama perniagaan yang lebih berkesan harus menyampaikan nilai produk kepada pelanggan pada tahap yang lebih mendalam. Anda boleh cuba namakan perniagaan anda dengan kisah sebenar di sebalik nama tersebut.

Mari kita lihat contoh untuk sebuah kafe sebenar bernama “Barista Parlor”.

Secara literal, nama ini menunjukkan bahawa anda mendapatkan kopi dari barista di parlor.

Nama ini menggambarkan suasana kafe menjual kopi tradisional. Jadi ia memberi nilai sejarah kepada pelanggan walaupun kedai kopi kini sudah berkonsep moden.

Ketiga: Cara membuat nama yang mudah diingat

Langkah pertama untuk meresap masuk ke dalam ingatan pelanggan, anda perlu memilih nama yang mudah diingat. Tugas ini lebih mudah dibuat melalui percakapan daripada dilakukan.

Nama kafe anda harus mampu menarik minat dan membuatkan pelanggan memberi perhatian tambahan terhadap hidangan atau produk anda berbanding pesaing.  

Beberapa petua untuk mencipta nama yang mudah diingat adalah:

  • Gunakan sebutan atau aliterasi berirama (quick fix, Chai café, morning vibe coffee);
  • Cuba gunakan perkataan yang tidak relevan ketika berada di luar konteks (mugshot coffee);
  • Nama yang pendek dan padat.

Keempat: Cuba beli nama perniagaan yang berjenama

Nama perniagaan berjenama adalah kata yang tidak bermaksud tetapi dibaca dan disebut dengan lantang.

Nama tersebut menggunakan peraturan huruf Vokal / Konsonan / Vokal kerana struktur kata ini biasanya pendek, menarik dan senang disebut dan diingat.

Contoh nama aplikasi mudah alih berjenama:

  • Candola Cafe
  • Accova Cafe

Anda boleh mendapatkan senarai lengkap nama perniagaan berjenama di Domainify.com

Kelima: Elakkan menggabungkan perkataan hanya untuk membuat nama yang unik

Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pemilik perniagaan adalah dengan membuat kombinasi kata yang janggal dan hambar apabila mereka mengetahui bahawa idea nama perniagaan mereka sudah diambil.

Sebagai contoh, John ingin menamakan perniagaan kafenya sebagai Cream Cafe. Namun dia mendapati nama tersebut telah digunakan.

Oleh sebab dia sudah membuat keputusan untuk terus menggunakan nama tersebut, dia cuba menggunakan nama yang lebih kurang serupa dan memilih nama seperti Creamsweet Café, Creamist atau Creamery cafe.

Anda boleh melihat idea-idea tersebut agak terkebelakang kerana kedengaran hambar, tidak menarik atau mudah dilupakan.

Dalam situasi sebegini, kami cadangkan mula semula dan mencuba petua yang telah kami sebutkan sebelumnya.

Idea Lain untuk Nama Perniagaan Kafe

Kami senaraikan perkataan berkaitan yang boleh anda gunakan dalam nama perniagaan cafe anda. Berikut adalah senarai kata-kata tren, deskriptif dan perkataan yang sering dikaitkan dengan kopi.

Perkataan popular

Perkataan popular yang digunakan untuk nama kafe.

  • Barrel
  • Bay
  • Bazaar
  • City
  • Glass
  • Home
  • La
  • Lane
  • Road
  • Urban

Perkataan biasanya menggambarkan kafe 

(“______ Cafe”)

Contoh kafe yang mengunakan nama berkaitan ‘Cosy Co. Cafe’dan ‘9th Floor Cafe’.

  • Air
  • Attractive
  • Big
  • Bright
  • Busy
  • Casual
  • Charming
  • Cozy
  • Crowded
  • Cyber
  • Dingy
  • Downtown
  • Elegant
  • Empty
  • Excellent
  • Famous
  • Fashionable
  • Favorite
  • Floor
  • Former
  • Friendly
  • Internet
  • Known
  • Lighted
  • Like
  • Literary
  • Little
  • Local
  • Mexican
  • Moorish
  • Nearby
  • Nearest
  • Neighboring
  • Neighbouring
  • Nice
  • Night
  • Noisy
  • Open
  • Outdoor
  • Outside
  • Parisian
  • Particular
  • Pleasant
  • Popular
  • Pousse
  • Prefent
  • Quaint
  • Quiet
  • Small
  • Style
  • Tiny
  • Trendy
  • Turkish
  • Vegetarian

Gabungan perkataan

Kami telah mengambil perkataan di atas dan gabungkan dengan hasil penjanaan kami untuk mencipta nama kafe baru.

  • Grindee (Grind + Coffee)
  • CoffeeBit (Coffee + Bitter)
  • TurksRoast (Turkish + Roast)
  • CoffHut (Coffee + Hut)
  • CuppaCoffee

Metodologi

Apakah langkah-langkah yang kami ambil untuk membantu perniagaan?

  • Siapa?
    Kami mempunyai pasukan penulis yang berpengalaman:
    Pasukan penulis pakar kami berada di sini untuk berkongsi pengetahuan mereka dan membantu perniagaan dari pelbagai latar belakang.
  • Kenapa?
    Kami menawarkan kandungan yang berkualiti:
    Kami menawarkan lebih daripada alat penjana nama perniagaan. Pasukan pakar kami mempunyai minat dan kepakaran dalam menulis panduan sokongan, berita, blog, dan video untuk membantu anda memulakan penubuhan perniagaan baru anda.
  • Bagaimana?
    Dengan maklumat yang tepat:
    Pasukan editorial kami menyemak fakta bagi setiap maklumat dan menggunakan analisis canggih dari dunia perniagaan untuk menawarkan statistik dan cadangan semasa yang relevan. Semasa mengarang panduan, kakitangan editorial dalaman kami tidak pernah menggunakan jalan pintas dan tidak bergantung pada perisian AI untuk melakukan tugasan mereka.
Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan editorial kami.
We use cookies to offer you our service. By using this site, you agree to our: Lihat dasar kuki